bayar hutang dengan takaful

Bayar Hutang Dengan Takaful

Membayar hutang adalah satu amanah yang harus diberi keutamaan. Apabila kita sudah tiada suatu hari nanti, hutang ini akan memberi beban baik untuk waris dan juga nasib kita di akhirat nanti. Namun ada cara yang boleh dibuat dengan menggunakan takaful. Bagaimana cara bayar hutang dengan takaful Hibah, bukan kah dianggap sebagai hadiah?

Hibah takaful ini adalah wang pampasan yang diberikan kepada penerima hibah selepas kematian kita. Dah namapun hadiah, ia menjadi hak mutlak penerima tadi dan terpulang kepada dia bagaimana hendak digunakan wang tersebut. Dengan kata lain, penerima hibah 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗪𝗔𝗝𝗜𝗕 menyelesaikan hutang yang kita tinggalkan menggunakan wang hibah takaful tadi.

Di sini saya kongsikan bagaimana anda boleh memastikan hutang diselesaikan menggunakan wang pampasan dari sijil takaful selepas kematian anda:

  1. Ambil nilai perlindungan yang sama atau lebih berbanding nilai hutang semasa anda
  2. Lantik seorang yang anda boleh percayai untuk menjadi Pentadbir/Wasi bagi sijil takaful anda (jangan menamakan penerima hibah).
  3. Maklumkan kepada Pentadbir/Wasi akan perlantikan tersebut dan senaraikan hutang-hutang yang anda ada
  4. Buat bayaran bulanan untuk sijil takaful anda seperti biasa.
  5. Selepas anda meninggal dunia, wang pampasan takaful anda akan menjadi sebahagian daripada harta pusaka anda.
  6. Pentadbir/Wasi yang dilantik akan menerima wang pampasan takaful tadi dan bertanggungjawab untuk menguruskan wang tersebut sebagaimana diuruskan harta pusaka yang lain
  7. Dalam menguruskan harta pusaka, perkara yang utama yang perlu diselesaikan ialah penyelesaian hutang
  8. Jika wang pampasan takaful tadi masih berbaki selepas dibayar semua hutang-hutang, maka Pentadbir/Wasi hendaklah membahagikannya kepada waris yang layak secara faraid/persetujuan semua waris.

Jadi kita perlulah merancang hutang dengan sebaiknya sebelum pemergian kita. Jika hutang dibiarkan berlarutan tanpa penyelesaian, ia boleh menimbulkan beban kewangan yang besar dan mendalam. Ini peluang anda untuk bayar hutang dengan Takaful. Hutang adalah wajib dibayar.

Anda boleh klik link disini untuk dapatkan quotation atau boleh terus klik butang whatsaap diatas.

Promosi

Medical Card 1 Juta

Mengikut umur

Hibah Gerenti Lulus Umur 40 tahun

Jika matang wang anda dikembalikan
ada sakit lulus
Artikel lain