Hibah Bersyarat

Hibah Bersyarat Keperluannya?

Secara mudahnya, HIBAH adalah hadiah. Dengan kata lain, HIBAH adalah salah satu kaedah pemberian sesuatu dalam bentuk wang atau benda berharga kepada seseorang sebagai hadiah. Namun definisi hibah ada dua yang digunapakai iaitu hibah bersyarat ataupun hibah mutlak.

keperluan Hibah bersyarat

Jenis Hibah

Mutlak

Terdapat institusi pengurusan harta menggunapakai hibah mutlak bagi hibah amanahnya. Ini bersesuaian dengan takrif hibah itu sendiri iaitu pemberian yang dibuat tanpa balasan.

Namun begitu, Kesan hibah mutlak ialah sekiranya penerima meninggal dunia maka harta yg dihibah akan menjadi milik mutlak waris-waris penerima mengikut hukum faraid.

Walaupun pemberi masih hidup, dia perlu melepaskan harta itu untuk diserahkan kepada waris-waris pemberi.

Contoh Kes

  1. Pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak kandung.

    Suami akan keberatan untuk menghibah hartanya kepada isteri kerana jika isteri mati dulu , harta itu akan diserah kepada waris2 isteri yg mana suami hanya dapat 1/2 sahaja dari harta itu. 1/2 lagi utk waris2 isteri yg lain seperti ibubapa atau adik beradiknya. Suami masih hidup ttp harta yg asal miliknya hanya akan diperolehinya balik 1/2 sahaja.
  2. Pasangan yang ada anak angkat

    Mak Ayah angkat akan keberatan untuk menghibahkan harta kepada anak angkat kerana jika anak angkat mati dulu maka harta itu akan diberi kepada waris-waris hukum faraid anak angkat itu yang langsung tiada kena mengena dengan ibubapa angkat itu. Ibubapa angkat tiada sebarang hak langsung keatas harta yang asalnya milik mereka.

Bersyarat

Hibah bersyarat adalah hibah amanah. Pemberi boleh menggunakan wang di dalam akaun selagi pemberi masih hidup / penerima masih hidup. Jika salah seorang mati maka terbatallah syarat ini.

Fuqaha sependapat bahawa penentuan syarat balasan ini adalah dibenarkan dalam hukum syarak. Sebagai rujukan undang-undang sivil Jordan juga membenarkan hibah dengan syarat balasan ini dengan syarat ia tidak bercanggah dgn hukum syarak

Bagi menjaga maslahah semua pihak, memberi pilihan kepada umat Islam untuk memilih di antara hibah mutlak & hibah bersyarat ruqba.

Hibah bersyarat ruqba bermakna bila pemberi mati barulah harta dipindahmilik kpd penerima. Tetapi jika penerima mati dulu , harta akan berpatahbalik kepada pemberi & dia boleh menghibahkan harta itu kepada pihak lain pula.

Konsep hibah ruqba ini dapat menyelesaikan maslahah 3 senario yg di sebut di atas. Fuqaha sependapat bahawa hibah ini sah tetapi syarat ruqba itu batal. Namun ada pandangan tabiin seperti Muhammad Al Qassim & Ibn Al Arabi bersetuju dengan hibah ruqba.

Lebih 90Billion harta tidak dituntut

Kesimpulannya.

Di Malaysia hakikatnya hibah ruqba sudahpun berjalan dan digunapakai oleh Suruhanjaya Sekuriti bagi akaun bersama semenjak 2003 manakala bagi Hibah Takaful di dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 sudah mengkanunkan hibah ruqba.

Sekiranya anda diberi pilihan , adakahakan pilih hibah mutlak atau hibah ruqba ? jawapannya ialah lihat kepada situasi kita. Nak tahu hibah yang terbaik untuk anda? Boleh klik link disini atau tekan butang wassap di atas.

Promosi

Medical Card 1 Juta

Mengikut umur

Hibah Gerenti Lulus Umur 40 tahun

Jika matang wang anda dikembalikan
ada sakit lulus
Artikel lain